Saturday, July 7, 2007
Antara dua amanah
coret-coret penuh makna..

Antara dua amanah

"tahniah la ye kak,rezeki mencurah"

"kalau awk rasa bole bawa,go on laa..tp kalau rasa tak mampu,terpulang la pd awk"

"Kenapa tarik diri,kak?"

"ala,kak..sy bru je nk undi akk.."

"Patutlah akk pelik knp awk tak naik,rupanya ada berita baik ek?"

"akak pun wondering boleh ke awak nak bertanding..nnt mesti awak sibuk kan?"

"akak faham je situasi awk.takpe,akak sokong keputusan awak ni.awak ada tggjwb yg lebih utama lg.insyaAllah kher"

"awak istikharah la dulu,myb ni yang terbaik utk awk"

"fikirlah masak2 ek"

"alaa,tak semestinya tak jd MT tak bole berbakti pada PERMAI betul tak?"

"kalau kte jd awk pon kte rasa kte akn tarik diri"

"kakak fikirlah baik2,kakak lebih tahu situasi kakak.Umi doakn yg terbaik utk kakak.

apa pun nasihat umi,utamakan yg lebih aula"

Pelbagai komenan & nasihat sy terima...sy hny mampu tersenyum dan menjawab sebaik mungkin sgl persoalan yg ditimbulkan. "utamakan yg lebih aula" pesan umi ni akan sy pegang smpi bila2.
Lebih2 lg apabila kita di persimpangan antara dua amanah yg sama pentingnya.Di sinilah
pentingnya kebijaksanaan kita untuk menentukan mana yg lebih utama.Bkn senang tau.
Semua aspek perlu diambil kira agr xde yg terlepas pandang.Perbincangan,analisa dll
amat diperlukan supaya kita tak tersilap langkah. Paling utama, istikharah.
Mohon petunjuk Allah krn Allah shj yg tahu apa yg terbaik utk kita.

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:

Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan
bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah
pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab
terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga,
suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab
terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab
terhadap apa yang kamu pimpin.


Apabila sy teliti kembali hadis tersebut, sy sedar bhw amanah yg bakal sy pikul
slps ini bukanlah calang2 amanah.Amanah yg cukup besar yg sy perlu laksanakan
sebaik mungkin sepanjang hidup sy,bkn hny untuk satu sesi spt mana2 jwtn persatuan.
Setelah mengambil kira semua aspek, sy merasakan amanah ini sgt2lah aula utk sy utamakan. Maafkan sy ek..sy tetap bersedia utk berbakti pd Permai =)
Apa pun,sy rasa sgt terharu & berterima kasih ats sokongan & nasihat kwn2 semua. Korg semua mmg memahami =) terharu~


maka tirai AMM '06/07 berlabuh kini


Alhamdulillah,telah selesai salah satu amanah sy utk sesi ni.Tp hakikatnya masih
belum selesai pd perhitungan Allah.Kepada sahabat2 yg dipilih oleh Allah utk
meneruskan perjuangan ni, laksanakanlah amanah sebaik mungkin. Nasihat sy,bijaklah
dlm membuat keputusan & jgn terburu2. Berbincanglah dgn hikmah agar beroleh berkat
dlm setiap keputusan.Dan yg plg penting, ikhlaskan niat !!! semoga Allah memudahkan sgl urusan dan membantu kalian dlm setiap perkara.


Sedikit hadiah utk saf pimpinan baru..hayatilah lirik nasyid ni ye =)

Pemimpin Yang Adil
Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Buat semua yg memimpin:

Perhatikanlah kisah Al-Qur'an (Q/27:16) yang menyebut Nabi (Raja) Sulaiman yang memperhatikan suara semut bahwa sesungguhnya betapa pun seseorang menjadi pemimpin besar dari negeri besar, tetapi ia tidak boleh melupakan kepada rakyat kecil yang dimisalkan semut itu.

Teladanilah kepemimpinan Rasulullah, akhlak utama yang
harus dimiliki seorang pemimpin adalah tauladan yang baik (uswah
hasanah).

Buat semua yg dipimpin:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

-Riwayat Muslim



HELWI in memory,not in memory card~


Buat semua sahabat yg byk membantu sy selama memegang amanah ini:

(K.Faezza,K.Fara,Ahiasah,K.Hetty,Nadia,Ayman,Lina,K.Aimi)
(Us.Ismat,Nuek,Aizat,Dzul,Syafiq,Us.Rahmat,Acap,Firdaus,Taufeq,Jafni)

TERIMA KASIH & MAAF ATS SEGALA KESILAPAN SERTA KEKURANGAN.HANYA ALLAH DPT MEMBALAS JASA KALIAN.

 
posted by Dzaatun Nitaqain at 2:31 PM | Permalink |


0 Comments: