Thursday, June 21, 2007
Hikmah & rahmah II
"Ukhti,akak ada benda nak beritahu sebenarnya ni.Boleh ke? Ukhti sibuk tak sekarang?,"
Kak Eja (bkn nama sbnr) menyapaku sedang aku sibuk mengemas barang-barangku seusai kelas agama mingguan yang menjadi rutin pelajar-pelajar Irbid.

"Oh,akak rupanya.Emm,boleh je.Ana free lepas ni.Jomlah ikut ana balik rumah,"kataku sambil tersenyum.
Kak Eja selalu pesan,senyum itu sedekah. Memang benar,hanya dengan senyuman boleh mengikat hati-hati yang renggang.
Hanya dengan senyuman boleh memulihkan hubungan yang retak.

Aku berjalan seiring dengan Kak Eja menuju ke rumahku.

*****
Malam itu,hatiku tidak keruan.Resah.Berita yang telah diberitahu oleh seorang ukhti melalui YM sebentar tadi benar-benar menyentak hatiku.
Puas aku cuba melelapkan mata.Namun masih tak berjaya.

*****
"Umi,apa pendapat Umi tentang apa yang kakak cerita semalam?,"tanyaku pada Umiku.
Sepanjang aku di dataran Syams ni,aku tak pernah membelakangkan Umiku dalam membuat keputusan yang besar.Walaupun jarak memisahkan kami, kami sering berhubung. Teknologi kan dah canggih sekarang.Semuanya di hujung jari sahaja.

Panjang lebar nasihat Umi beri. Umi memang banyak pengalaman. Perjalanan hidup Umi pun hampir-hampir serupa dengan apa yang aku lalui.
Memang sangat mirip.Aku perasan sejak aku di sekolah menengah.Hampir semua perkara yang Umi lalui berlaku pada aku.
Dan kini,aku mengulang lagi sejarah Umi.Berkahwin ketika belajar?? Tak pernah terlintas dalam fikiranku sebelum ni.
Oh, Tuhan. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buatku...

*****

Membuat keputusan adalah satu perkara yang amat sukar. Terutamanya keputusan besar yang melibatkan masa depan.
Kita tak boleh melulu, kita tak boleh melatah. Tenang.Itu yang sepatutnya.Allah kan ada. Mengadu pada Allah. Itu yang terbaik.
Kita tak boleh fikir mengikut hati kita sahaja. Hati sering kalah dengan nafsu.
Oleh itu jalan yang paling baik adalah meminta pertolongan Allah. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, jika kita yakin dengan Allah,insyaAllah kita akan tenang.

Walaupun kadangkala apa yang kita terima tidak seperti yang diharapkan.
Tetapi jika kita yakin denganNya,kita akan tenang sebab mu'min yang percaya dengan Allah baginya setiap ujian adalah tanda Allah mengingatinya manakala setiap rahmat adalah lambang Allah menyayanginya. Sebab itulah mu'min itu sabar bila ditimpa ujian & sentiasa bersyukur bila mendapat rahmat.
Subhanallah. Semoga aku tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur.

Aku???? Kene banyak bersedia dari sekarang. Banyak perkara yang perlu aku pelajari sebelum berkahwin ni.
Alam rumahtangga ni satu alam yang totally different from zmn bujang.
Mawah suh aku banyak2 baca buku dr sekarang & paling penting, belajar dari orang yang berpengalaman...
hehe,ganbatte ne Asma'!!!! U can do it!

Sekali lagi...
Allah knows best..Life is unpredictable.
Kita manusia je pon.Ilmu kita nih setitis je dr selautan ilmu Allah.
Wallahu wa rasuluhu a'alam...

coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 11:10 PM | Permalink |


0 Comments: