Tuesday, December 4, 2007
Kediaman baru
“Selamat Hari Lahir kakak…,” ucap Ummi sambil menghulurkan sebuah bungkusan.
Senyuman lebar terukir di bibir kecil saya seraya menyambut hadiah tersebut lantas membuka bungkusannya.
Seperti biasa, Ummi menghadiahkan beberapa buah buku cerita bergambar Siri Kisah-kisah dari al-Quran. Ummi memang tahu benar minat puterinya yang seorang ini......
Ikuti kesudahannya dalam 'Tarbiyah rebung buluh' at 'Sentuhan Jiwa'....
Untuk pengetahuan semua, saya telah berpindah (not 100%) ke 'rumah' baru. 'Share-with-hubby' version, hehe...dah kahwin, mestila kena kongsi 'rumah'. Kediaman baru kami beralamat http://sentuhanjiwa.wordpress.com/ .Jemputlah datang ziarah ye. Walau bagaimanapun, this 'the unpredictable life' ni masih akan saya update, cuma mungkin tak kerap. InsyaAllah, saya akan cuba untuk istiqamah menulis sebagai perkongsian bersama...Jumpa di sana !!!
coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 11:16 PM | Permalink | 1 comments
Monday, November 26, 2007
The more I know U, the more I love U...
Salam 'alaik...

Semoga anda yg m'baca entry ini dirahmati Allah hendaknya,ameen..Rasanya sudah agak lama blog ni ditinggalkan sepi tanpa sebarang jengukan. Bukan sekadar blog ni,bahkan laman2 lain yg biasa kujengah pada zaman bujang dahulu pun telah dianak tirikan.Cuma sekali-sekala adalah juga buat lawatan sambil belajar. Sudah insaf kerana banyak lagi awlawiyat yang lebih UTAMA untuk diUTAMAkan. Sebenarnya, tergerak jari utk menaip kali ni pun atas permintaan beberapa org sahabat yang ingin sangat nak tahu perkembangan terkini 'pengantin lapuk' neh..hehe..insyaAllah saya takkan hampakan permintaan kalian ok..memandangkan kita berjauhan,mahu tak mahu inilah medium yang boleh kita manfaatkan untuk 'follow up' sahabat2 & mad'u kita. Kalau nk cerita kat sorang2 try YM, tak laratla pulak.

Sedar tak sedar dah hampir tiga bulan aku layari 'bahtera' ini. Banyak benda2 baru yang dipelajari... Yelah,melangkah ke alam baru & hidup bersama insan baru memang menuntut kita utk banyak belajar. Belajar utk memahami, belajar utk bertanggungjawab, belajar utk mengambil berat dan macam2 lagilah..[i enjoy it anyway =) ].. Kehidupanku sbg seorang daie & pelajar, seperti biasa [tapi rasanya lebih bermotivasi =) ]..cuma tambah title sket jela kalau kat rumah tu -kehidupan sbg seorang 'isteri solehah' insyaAllah-

Setakat ni,dah merasa pengalaman berpuasa & beraya bersama suami..memang berbeza!! [best!!] Hehe...kebetulan 1 Syawal tahun ni jatuh pada 12 Okt [Jordan raya awal segari dari Malaysia], hari lahirku yang ke-20..pendek katanya, dwi-event lah..Lepas solat raya di masjid, pakat2 semua wish happy 'eid & happy birthday..[syok weyh,hehe] Cuti raya tak lama, tapi sakan jugak. Maklumlah dah berpasangan. So, destinasi beraya ,meluaslah sikit. Orang2 yang datang ziarah pun ramai [syabab & akhawat] sampai kena buat turn beraya antara syabab & akhawat. Paling tak dilupa, kesungguhan kawan2 sebatch utk adakan sedikit jamuan meraikan perkahwinan kami..[thanks to Halim, Aizat & the geng. Walaupun Halim ada exam esoknya tu, sanggup datang malam tu utk siapkan hantaran..]


Syawal pertama bersama suami di perantauan

Bersama rakan2 sebatch ketika jamuan meraikan walimah kami

Kenduri lagi ke?


Sekarang?? Syitaa' (winter) pun dah melangkah masuk..[dingin hingga menusuk bone marrow] dan kami pula sedang sibuk mengejar 'syurgawi' sambil mengendong 'duniawi'..Memang lelah andai 'duniawi' yang dikendong terlalu berat lantas memperlahankan larian. Ada manusia yang langsung tersungkur kerana tamak memikul 'duniawi', ada pula yang hanya mampu merangkak, tak kurang juga yang bertatih perlahan. Sungguh, bukan itu yang kumahu. Aku mahu sampai ke destinasi tujuanku -mardhatillah- dengan pantas & selamat. Maka untuk itu, 'duniawi' yang dikendong haruslah betul2 disaring. Bawa yang mana 'penting' sahaja. Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.


Sabtu ini insyaAllah kami akan menghadapi peperiksaan untuk sistem GIT ( Gastrointestinal System ).Seriously, bila belajar sistem badan manusia ni mmg betul2 menginsafkan. Terasa diri ini amat kerdil dibandingkan dengan kehebatan ciptaan Allah. Subhanallah...Semoga semakin aku mengenaliMu, cintaku padaMu semakin mekar,ameen..

p/s: Next post insyaAllah lepas selesai exam. WF & kwn2 lain, aah..mmg tgh mengusahakan 'rumah baru' pun,rumah 'bersama'..tp belum dikomersialkn lagi,heheh...nantikan...Siapa2 yg nak tengok lebih byk gambar boleh buka http://aiman-asma.fotopages.com/

coret2 penuh makna

 
posted by Dzaatun Nitaqain at 10:11 AM | Permalink | 2 comments
Wednesday, October 3, 2007
Hati tenang bila iman menang
Setenang samudera biru, selembut hembusan bayu...begitulah tenangnya hati lantaran jiwa yg suci..

Sememangnya ketenangan jiwalah yang didamba oleh setiap insan utk mengecap hidup bahagia. Bukanlah harta, bukanlah rupa, bukanlah pangkat dan nama..tetapi imanlah yang bisa menenangkan jiwa manusia. Namun iman itu bukanlah tempatnya pd hati yang kotor dgn karat dosa,tetapi singgahsananya pd hati yg suci murni...

Hurm,lama benar tak kujenguk blog ni. Ramai dah yg ternanti2 agr blog ni diupdet. Maaf ye semua..maklumlah,baru shj 2 minggu kembali ke dataran Syam ni..mcm2 prkr perlu diuruskn, internet pun belum ada di rumah..(ni pun tumpang internet rumah junior, so tak boleh tulis pnjg2).


Alhamdulillah,seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke atas Rabbul Jaleel...akhirnya ikatan suci ini terjalin di atas jalan yg benar2 suci..inilah yg sering kupinta sejak dahulu, agar diri ini dikurniakan pasangan sefikrah yg hebat peribadi, dan perkahwinan yg terjaga di atas landasan syariat sejak detik bermulanya hubungan itu.. Allah telah permudahkan pelbagai urusan, walaupun dlm keadaan sy & suami yg masih belajar,namun alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..

Memang benarlah apa yg dikatakan ketenangan hakiki itu yg lahir dari jiwa yg bersih..itulah yg kurasa sekarang..bila hati kita terpelihara dr melakukan maksiat & perkara2 lagha, memang betul2 damai..inilah yg dinamakan nikmat perkahwinan, yg terbina krn Allah & dakwah...

Terima kasih yg tak terhingga kpd Ummi & Abi, Ummi & Baba, rakan2, ikhwah & akhawat yg bertungkus lumus utk menjayakan mjlis tempohari...tidak lupa juga2 sahabat2 yg sudi hadir...Jazakumullahu khayr..hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian...

Akhir kata,semoga kita sama2 dpt memburu redha Allah di sepuluh mlm terakhir Ramadhan kali ini...Ramadhan Kareem~
coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 11:38 AM | Permalink | 3 comments
Thursday, August 16, 2007
saat-saat akhir
Gonna miss yur gossips Faez!!

gonna miss also mummy dija & cik puan pia

Lagu 'ayah & ibu' nyanyian Allahyarham Sudirman gemersik beralun lembut,benar2 mengusik hatiku pd malam nan dingin ini.. Hatiku melayang jauh ke suatu tempat...jauh..teramat jauh.. Terasa diriku ini seolah-olah terbang melayang pulang ke pangkuan Ummi & Abi tercinta.. Jelas terasa kehangatan kucupan kasih Ummi,belaian mesra abi,riuh rendah adik-adik..ah,rindu benar aku pd mereka.. Hanya beberapa hari sahaja lagi..semoga Allah mengurniakan aku kekuatan & ketabahan.

Lama sudah kutidak menjenguk teratak usangku ini..ya,semenjak peperiksaan akhirku yg berakhir pada Isnin lalu. Aku fikir,usai peperiksaan aku akan meng'update' barang serangkap dua. Namun tak kusangka,jadualku teramatlah padat.Pelbagai agenda tersusun rapi. Aku kalau boleh ingin benar memuaskan kehendak semua rakan2 & adik2 kesayanganku di sini,namun aku tak betah. Maaf ye kalau ada yg tak mampu aku penuhi. Malam ini,aku merempat lagi.Sudah kehilangan sarang katanya..hehe. Sebenarnya barang2ku semuanya sudah di'pack' untuk dipindahkan ke rumah baru. Ya,lepas ini aku akan memulakan hidup baru di rumah baru.

sarangku bertukar jd sarang kotak!!! oh tidak...

Hari ini sepenuhnya aku peruntukkan buat adik2 tersayangku..Amani,Cik Zue,Mun,& Nisah..gembiranya hati dpt bersama adik2 semua ^_^ Seawal pagi,mereka dtg ke rumah menolong apa2 yg patut..thnks to all..then,gerak ke Amman for shopping!! yeay!! After all,byk btul brg2 yg kami beli..hehe,biaselah kaki2 shopping,bila ade brg murah...rambang mata dibuatnya.. Setelah hari hmpir senja,tangan kelenguhan, badan pun dah keletihan,poket pula sudah kekeringan,berangkatlah kami ke mujamma' utk kembali ke Irbid. (Almk,terrrserempak ngn sybb mlyu la plak kat mujamma' neh..malunyehh byk brg)

mujamma' baru Tobar bur menggantikan mujamma' Abdali...amat chun & citarasa tp agk jauh..

aneka jubah pelbagai warna...adeh,shoppaholic jadinyeh..

cik zue,agaknye habis stok2 baru pck kedai td ek...

amani,tolong angkat skali ek plastik2 nih...pls2..*wink*

Oklah,tuan puteri ingin sambung study satu buku yg amat best..
"Men are from Mars,women are from Venus"...really interesting this book, makes me know better bout men (which are from Mars,eiuu) & bout myself as a woman also..

persediaan katenyeh,borrow this book from Asma' Haslan..thnks gak kat budak comel sbb smngt bg softcopy buku ni...

coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 1:58 PM | Permalink | 9 comments
Wednesday, August 8, 2007
Exam season
antara study dan....

Rakan2 seperjuangan yg dikasihi,
Selamat berjuang untuk imtihan niha'ie tidak lama lagi...perkasakan segala kudrat utk mencapai kecemerlangan. Jgn lupa doa & tawakkal krn hanya Dialah yg berhak memberi rezeki. Semoga kejayaan kita memberi manfaat yg besar kepada Islam. Bittaufeeq wan najah..

p/s: berhenti blogging sementara utk memberi laluan kpd exam dan yg sewaktu dgnnye (",)
coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 10:34 AM | Permalink | 10 comments
Monday, July 30, 2007
warm wishes
Angah sayang, Walaupun kita terpisah jauh merentasi benua, Angah snts di hati Along..Satu shj pinta Along pd hari lahir Angah ini...agar Angah snts thabat & istiqamah di atas jalanNya walau di mana Angah berada..semoga kita sama2 dpt m'jadi qurratul 'ain buat Ummi & Abi..Uhibbuki fillah abadan abada ~ SANAH HELWA YA JAMEELAH ~


also c.o.n.g.r.a.t.u.l.a.t.i.o.n.s buat ust Zaid & K.Azra serta aunty Rina sekeluarga..baarakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil kher..


coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 6:02 AM | Permalink | 1 comments
Tuesday, July 24, 2007
weirdo?!
By the name of Allah...

Salam alayk...keifik? syu akhbaarik? eish louneik?-->soklan2 typical arab bila jmp kwn2 diorg.

Currently berusaha m'immune'kan diri dgn immunology smbil kadangkala meng'usha' org tu ukir gigi,hehe..Suddenly kne tag la plak dgn tukang ukir tuh,whoa..(kne describe 6 weird things bout myself & tag also 6 other people)

Demi memenuhi hsrt my dear housemate,i'll make it..
(but make sure u do my tag also owkeh??)

6 weirdo thingy bout me??
uhoh, dunno exactly coz i'm an ordinary human, not a 'wali songo'..
Setelah berusaha memerah cereberum, at last b'jaya la gak m'extract a few things bout myself..(not really weird i think,heheh)

1. Amat susah utk menangis dpn org (cover macho) tp bila dok sorg2 dlm bilik
leh banjir kot.
Tak tau la cmne leh jd cenggini..kdg2 tu nk je nangis (for certain occasion)
Contohnye time nk b'pisah kat epot etc.. tp seriesly,tak terkeluar pon airmata tu
walaupon hakikatnya hati ni teramatlah sebak.

2. Akn nangis sorg2 dlm toilet kalau bangun tdo lmbt or terlebih tdo.
Ni satu hal la plak..myb sbb aku dah terbiasa bgun awl & aku sndr amat
sensitif dgn masa. Tak suka lewat2, tak suka tangguh2, & tak ske buang masa.
That's why la bila bgun lmbt or tdo lama aku akn rasa KESAL yg amat
krn masa yg sepatutnya aku gne utk laksanakn wajibat aku terbuang cam tu je.

3. Boleh ingat dgn detail apa yg org cakap dgn aku..(amatlah contra dgn faez ok)
Kalau korg ade cite mslh or apa2 la kat aku,aku leh ingt sebijik2..
(tp kalo lecture tuh xdela plak ingt sebijik2,haih)
Even kdg2 org yg citer tu sndr x ingt apa yg dia kata..huho..
Is it bcoz i'm a good listener or what? i don't know..
Apa pun, aku mmg ske dgr mslh org & cuba utk bg nasihat sket2 coz aku akn rasa hepi
bila tgok kwn aku hepi..(x ske tgok org minyok2 neh) Hobi aku,ske wat pillow talk
bila sleepover kat umah kwn..(kdg2 tu smpi ke subuh,huhu)

4. Sangat suka sibuk.
Org biasanya suka bila byk masa lapang. Tapi aku lain.
Aku cukup sukakan ke'sibuk'kan buat kerja..kalau takde kerja,
aku akn cari gak kerja bermanfaat yg aku leh wat.
As i mentioned b4, i really appreciate every single minutes i have..
Myb aku dah terbiasa busy,so once ke'busy'an aku reduce,aku rasa kekok..
So,bila org bg byk2 kerja utk aku wat,aku suka.
Sbbnye,bila kita dok rilek2 otak kita akn b'fikir bnd2 remeh je.
Tp bila kita byk tnggjwb, otak kita akn fikirkn prkr2 besar.whoa..
As a daie, we should never let our mind indulge with those 'remeh' things.
Bkn b'makna xleh fikir lgsg,tp jgn buang masa kita dgnnya.
Kalimah 'enjoy' tu tak sepatutnya ada dlm kamus hidup seorg daie
di dunia ni coz k'wajipan yg kita perlu laksanakn melebihi masa yg kita ada.
Enjoy yg sbnr adalah apabila kita berjaya menjejakkn kaki di syurga & bertemu Allah s.w.t (insyaAllah)~

5. Selalu mimpi & mimpi tu betul2 berlaku.
Believe it or not,byk kali dah bnd ni terjadi.
Aku selalu mimpi pelik2, pastu tak lama kemudian bnd tu betul2 berlaku.
Tp biasanya aku mimpikan sesuatu, bnd tu taklah berlaku..cuma tmpt b'lakunya mimpi tu
betul2 aku alami walaupun time aku mimpi tu aku tak pernah ke situ or tmpt tu belum wujud.
Even umah Tasneem yg aku duduki skrg ni pun,aku dah pernah mimpi kat Malaysia dulu.

6. Makan nasi satu senduk je sehari.
Haa...yg nilaa yg org selalu x caya..(t'masukla mataq) Pcaya atau tidak, mmg aku camni.
Takleh nk sumbat byk2,nnt aku muntah..(kapasiti kecik) --->tnylah hosmet aku.
Dari dlu aku mmg mkn sikit.. Family aku pon sume mcm aku (kecuali ayah aku)..
kalo masak nasi tu 2 pot stgh je utk 7 org mkn.Tu pon tak abes..


owkeh...done.
Apa pun, i'm who i'm..stp manusia dikurniakn Allah ke'unik'an tersendiri.
Oleh itu, hargailah diri anda, kerana dirimu begitu b'harga..

Wanna tag also:
1-Asma' Haslan
2-Niesa
3-Ida
4-Iman
5-Cik Tim
6-Mysara.

p/s: Inform me when u did it..enjoy being weird!!


coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 4:50 PM | Permalink | 11 comments