Monday, July 30, 2007
warm wishes
Angah sayang, Walaupun kita terpisah jauh merentasi benua, Angah snts di hati Along..Satu shj pinta Along pd hari lahir Angah ini...agar Angah snts thabat & istiqamah di atas jalanNya walau di mana Angah berada..semoga kita sama2 dpt m'jadi qurratul 'ain buat Ummi & Abi..Uhibbuki fillah abadan abada ~ SANAH HELWA YA JAMEELAH ~


also c.o.n.g.r.a.t.u.l.a.t.i.o.n.s buat ust Zaid & K.Azra serta aunty Rina sekeluarga..baarakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil kher..


coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 6:02 AM | Permalink | 1 comments
Tuesday, July 24, 2007
weirdo?!
By the name of Allah...

Salam alayk...keifik? syu akhbaarik? eish louneik?-->soklan2 typical arab bila jmp kwn2 diorg.

Currently berusaha m'immune'kan diri dgn immunology smbil kadangkala meng'usha' org tu ukir gigi,hehe..Suddenly kne tag la plak dgn tukang ukir tuh,whoa..(kne describe 6 weird things bout myself & tag also 6 other people)

Demi memenuhi hsrt my dear housemate,i'll make it..
(but make sure u do my tag also owkeh??)

6 weirdo thingy bout me??
uhoh, dunno exactly coz i'm an ordinary human, not a 'wali songo'..
Setelah berusaha memerah cereberum, at last b'jaya la gak m'extract a few things bout myself..(not really weird i think,heheh)

1. Amat susah utk menangis dpn org (cover macho) tp bila dok sorg2 dlm bilik
leh banjir kot.
Tak tau la cmne leh jd cenggini..kdg2 tu nk je nangis (for certain occasion)
Contohnye time nk b'pisah kat epot etc.. tp seriesly,tak terkeluar pon airmata tu
walaupon hakikatnya hati ni teramatlah sebak.

2. Akn nangis sorg2 dlm toilet kalau bangun tdo lmbt or terlebih tdo.
Ni satu hal la plak..myb sbb aku dah terbiasa bgun awl & aku sndr amat
sensitif dgn masa. Tak suka lewat2, tak suka tangguh2, & tak ske buang masa.
That's why la bila bgun lmbt or tdo lama aku akn rasa KESAL yg amat
krn masa yg sepatutnya aku gne utk laksanakn wajibat aku terbuang cam tu je.

3. Boleh ingat dgn detail apa yg org cakap dgn aku..(amatlah contra dgn faez ok)
Kalau korg ade cite mslh or apa2 la kat aku,aku leh ingt sebijik2..
(tp kalo lecture tuh xdela plak ingt sebijik2,haih)
Even kdg2 org yg citer tu sndr x ingt apa yg dia kata..huho..
Is it bcoz i'm a good listener or what? i don't know..
Apa pun, aku mmg ske dgr mslh org & cuba utk bg nasihat sket2 coz aku akn rasa hepi
bila tgok kwn aku hepi..(x ske tgok org minyok2 neh) Hobi aku,ske wat pillow talk
bila sleepover kat umah kwn..(kdg2 tu smpi ke subuh,huhu)

4. Sangat suka sibuk.
Org biasanya suka bila byk masa lapang. Tapi aku lain.
Aku cukup sukakan ke'sibuk'kan buat kerja..kalau takde kerja,
aku akn cari gak kerja bermanfaat yg aku leh wat.
As i mentioned b4, i really appreciate every single minutes i have..
Myb aku dah terbiasa busy,so once ke'busy'an aku reduce,aku rasa kekok..
So,bila org bg byk2 kerja utk aku wat,aku suka.
Sbbnye,bila kita dok rilek2 otak kita akn b'fikir bnd2 remeh je.
Tp bila kita byk tnggjwb, otak kita akn fikirkn prkr2 besar.whoa..
As a daie, we should never let our mind indulge with those 'remeh' things.
Bkn b'makna xleh fikir lgsg,tp jgn buang masa kita dgnnya.
Kalimah 'enjoy' tu tak sepatutnya ada dlm kamus hidup seorg daie
di dunia ni coz k'wajipan yg kita perlu laksanakn melebihi masa yg kita ada.
Enjoy yg sbnr adalah apabila kita berjaya menjejakkn kaki di syurga & bertemu Allah s.w.t (insyaAllah)~

5. Selalu mimpi & mimpi tu betul2 berlaku.
Believe it or not,byk kali dah bnd ni terjadi.
Aku selalu mimpi pelik2, pastu tak lama kemudian bnd tu betul2 berlaku.
Tp biasanya aku mimpikan sesuatu, bnd tu taklah berlaku..cuma tmpt b'lakunya mimpi tu
betul2 aku alami walaupun time aku mimpi tu aku tak pernah ke situ or tmpt tu belum wujud.
Even umah Tasneem yg aku duduki skrg ni pun,aku dah pernah mimpi kat Malaysia dulu.

6. Makan nasi satu senduk je sehari.
Haa...yg nilaa yg org selalu x caya..(t'masukla mataq) Pcaya atau tidak, mmg aku camni.
Takleh nk sumbat byk2,nnt aku muntah..(kapasiti kecik) --->tnylah hosmet aku.
Dari dlu aku mmg mkn sikit.. Family aku pon sume mcm aku (kecuali ayah aku)..
kalo masak nasi tu 2 pot stgh je utk 7 org mkn.Tu pon tak abes..


owkeh...done.
Apa pun, i'm who i'm..stp manusia dikurniakn Allah ke'unik'an tersendiri.
Oleh itu, hargailah diri anda, kerana dirimu begitu b'harga..

Wanna tag also:
1-Asma' Haslan
2-Niesa
3-Ida
4-Iman
5-Cik Tim
6-Mysara.

p/s: Inform me when u did it..enjoy being weird!!


coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 4:50 PM | Permalink | 11 comments
Sunday, July 15, 2007
Optimis Sajalah~
Selaku 'nasheed lover'...currently minat bangett nasheed2 ngetop from Indon..Tashiru dgn albumnya- Optimis Sajalah~
(btol gak Asma' Ohio kate Indon nyer evergreen..huhu,x mcm nasheed melayu skang,jiwang karat..lemah jiwa layan nasyid2 gitu,haih)

Nasyid2 Tashiru neh mmg best, contemporary & rancak..
Sedikit info ttg album neh..

Artis: Tashiru
Album: Optimis Sajalah
Produser eksekutif : Yess Production
Recording mixing Mastering : Yess Production

Menampilkan 10 buah nasyid...


SIDE A

Kembali
TKT
Optimis Sajalah
Sendiri
1/3

SIDE B

T4
Ijinkan Aku
Maaf Tuk Berpisah
Jagalah Lisan
Syukurku

Njoy it...ngetop abis..

p/s: Kat blog neh sy letak 2 buah lagu Tashiru yg amat memikat hati saya..
Sape2 nk dgr lagunye yg lain leh la search sndr kat internet ye..
apa gunanya internet kalau tak digunakan..okeh,sayonara~

coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 9:24 PM | Permalink | 0 comments
my cute old-time
Salam 'alayk...
aiyark...kne tag dgn Asma' Ohio la plak....okela ni Asma' NY tampil sahut cbrn sape plg chubby? hee =P



Senyum sorg2 tgok balik pics dulu2..kt rumah teramat la byk pics beralbum2,mklumlah anak 1st..made in oversea lak tu..tp yg discan hny bbrp keping je..xpela ek~

Originally made in New York, U.S.A...on 12 October '87 (bru shj jd wrgngr Msia yg sah pd thun 2005..wow) Tp x pnh la plak jmp Asma' Haslan mahupun Ibek..haha, besar rupenye U.S.A tuh.

Alhamdulillah,syukur sgt krn dilahirkan dlm keluarga yg soleh.. since kecik dah diajar bertudung bila keluar,comel je..solehah gitu (bkn nk perasan tp rasa 'izzah dpt amalkn islam) thnks a lot Umi & Abi...

Wanna tag also:
faez, fakhru, taufeq, hanis, cik tim, aunty rina, aunty azzah, aileen, ibek, & gba-bessy...
tgok sape plg cute & chubby,hehehe..

coret2 penuh makna
 
posted by Dzaatun Nitaqain at 12:25 AM | Permalink | 5 comments
Saturday, July 7, 2007
Antara dua amanah
coret-coret penuh makna..

Antara dua amanah

"tahniah la ye kak,rezeki mencurah"

"kalau awk rasa bole bawa,go on laa..tp kalau rasa tak mampu,terpulang la pd awk"

"Kenapa tarik diri,kak?"

"ala,kak..sy bru je nk undi akk.."

"Patutlah akk pelik knp awk tak naik,rupanya ada berita baik ek?"

"akak pun wondering boleh ke awak nak bertanding..nnt mesti awak sibuk kan?"

"akak faham je situasi awk.takpe,akak sokong keputusan awak ni.awak ada tggjwb yg lebih utama lg.insyaAllah kher"

"awak istikharah la dulu,myb ni yang terbaik utk awk"

"fikirlah masak2 ek"

"alaa,tak semestinya tak jd MT tak bole berbakti pada PERMAI betul tak?"

"kalau kte jd awk pon kte rasa kte akn tarik diri"

"kakak fikirlah baik2,kakak lebih tahu situasi kakak.Umi doakn yg terbaik utk kakak.

apa pun nasihat umi,utamakan yg lebih aula"

Pelbagai komenan & nasihat sy terima...sy hny mampu tersenyum dan menjawab sebaik mungkin sgl persoalan yg ditimbulkan. "utamakan yg lebih aula" pesan umi ni akan sy pegang smpi bila2.
Lebih2 lg apabila kita di persimpangan antara dua amanah yg sama pentingnya.Di sinilah
pentingnya kebijaksanaan kita untuk menentukan mana yg lebih utama.Bkn senang tau.
Semua aspek perlu diambil kira agr xde yg terlepas pandang.Perbincangan,analisa dll
amat diperlukan supaya kita tak tersilap langkah. Paling utama, istikharah.
Mohon petunjuk Allah krn Allah shj yg tahu apa yg terbaik utk kita.

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya:

Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan
bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah
pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab
terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga,
suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab
terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab
terhadap apa yang kamu pimpin.


Apabila sy teliti kembali hadis tersebut, sy sedar bhw amanah yg bakal sy pikul
slps ini bukanlah calang2 amanah.Amanah yg cukup besar yg sy perlu laksanakan
sebaik mungkin sepanjang hidup sy,bkn hny untuk satu sesi spt mana2 jwtn persatuan.
Setelah mengambil kira semua aspek, sy merasakan amanah ini sgt2lah aula utk sy utamakan. Maafkan sy ek..sy tetap bersedia utk berbakti pd Permai =)
Apa pun,sy rasa sgt terharu & berterima kasih ats sokongan & nasihat kwn2 semua. Korg semua mmg memahami =) terharu~


maka tirai AMM '06/07 berlabuh kini


Alhamdulillah,telah selesai salah satu amanah sy utk sesi ni.Tp hakikatnya masih
belum selesai pd perhitungan Allah.Kepada sahabat2 yg dipilih oleh Allah utk
meneruskan perjuangan ni, laksanakanlah amanah sebaik mungkin. Nasihat sy,bijaklah
dlm membuat keputusan & jgn terburu2. Berbincanglah dgn hikmah agar beroleh berkat
dlm setiap keputusan.Dan yg plg penting, ikhlaskan niat !!! semoga Allah memudahkan sgl urusan dan membantu kalian dlm setiap perkara.


Sedikit hadiah utk saf pimpinan baru..hayatilah lirik nasyid ni ye =)

Pemimpin Yang Adil
Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Buat semua yg memimpin:

Perhatikanlah kisah Al-Qur'an (Q/27:16) yang menyebut Nabi (Raja) Sulaiman yang memperhatikan suara semut bahwa sesungguhnya betapa pun seseorang menjadi pemimpin besar dari negeri besar, tetapi ia tidak boleh melupakan kepada rakyat kecil yang dimisalkan semut itu.

Teladanilah kepemimpinan Rasulullah, akhlak utama yang
harus dimiliki seorang pemimpin adalah tauladan yang baik (uswah
hasanah).

Buat semua yg dipimpin:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

-Riwayat Muslim



HELWI in memory,not in memory card~


Buat semua sahabat yg byk membantu sy selama memegang amanah ini:

(K.Faezza,K.Fara,Ahiasah,K.Hetty,Nadia,Ayman,Lina,K.Aimi)
(Us.Ismat,Nuek,Aizat,Dzul,Syafiq,Us.Rahmat,Acap,Firdaus,Taufeq,Jafni)

TERIMA KASIH & MAAF ATS SEGALA KESILAPAN SERTA KEKURANGAN.HANYA ALLAH DPT MEMBALAS JASA KALIAN.

 
posted by Dzaatun Nitaqain at 2:31 PM | Permalink | 0 comments