Monday, November 26, 2007
The more I know U, the more I love U...
Salam 'alaik...

Semoga anda yg m'baca entry ini dirahmati Allah hendaknya,ameen..Rasanya sudah agak lama blog ni ditinggalkan sepi tanpa sebarang jengukan. Bukan sekadar blog ni,bahkan laman2 lain yg biasa kujengah pada zaman bujang dahulu pun telah dianak tirikan.Cuma sekali-sekala adalah juga buat lawatan sambil belajar. Sudah insaf kerana banyak lagi awlawiyat yang lebih UTAMA untuk diUTAMAkan. Sebenarnya, tergerak jari utk menaip kali ni pun atas permintaan beberapa org sahabat yang ingin sangat nak tahu perkembangan terkini 'pengantin lapuk' neh..hehe..insyaAllah saya takkan hampakan permintaan kalian ok..memandangkan kita berjauhan,mahu tak mahu inilah medium yang boleh kita manfaatkan untuk 'follow up' sahabat2 & mad'u kita. Kalau nk cerita kat sorang2 try YM, tak laratla pulak.

Sedar tak sedar dah hampir tiga bulan aku layari 'bahtera' ini. Banyak benda2 baru yang dipelajari... Yelah,melangkah ke alam baru & hidup bersama insan baru memang menuntut kita utk banyak belajar. Belajar utk memahami, belajar utk bertanggungjawab, belajar utk mengambil berat dan macam2 lagilah..[i enjoy it anyway =) ].. Kehidupanku sbg seorang daie & pelajar, seperti biasa [tapi rasanya lebih bermotivasi =) ]..cuma tambah title sket jela kalau kat rumah tu -kehidupan sbg seorang 'isteri solehah' insyaAllah-

Setakat ni,dah merasa pengalaman berpuasa & beraya bersama suami..memang berbeza!! [best!!] Hehe...kebetulan 1 Syawal tahun ni jatuh pada 12 Okt [Jordan raya awal segari dari Malaysia], hari lahirku yang ke-20..pendek katanya, dwi-event lah..Lepas solat raya di masjid, pakat2 semua wish happy 'eid & happy birthday..[syok weyh,hehe] Cuti raya tak lama, tapi sakan jugak. Maklumlah dah berpasangan. So, destinasi beraya ,meluaslah sikit. Orang2 yang datang ziarah pun ramai [syabab & akhawat] sampai kena buat turn beraya antara syabab & akhawat. Paling tak dilupa, kesungguhan kawan2 sebatch utk adakan sedikit jamuan meraikan perkahwinan kami..[thanks to Halim, Aizat & the geng. Walaupun Halim ada exam esoknya tu, sanggup datang malam tu utk siapkan hantaran..]


Syawal pertama bersama suami di perantauan

Bersama rakan2 sebatch ketika jamuan meraikan walimah kami

Kenduri lagi ke?


Sekarang?? Syitaa' (winter) pun dah melangkah masuk..[dingin hingga menusuk bone marrow] dan kami pula sedang sibuk mengejar 'syurgawi' sambil mengendong 'duniawi'..Memang lelah andai 'duniawi' yang dikendong terlalu berat lantas memperlahankan larian. Ada manusia yang langsung tersungkur kerana tamak memikul 'duniawi', ada pula yang hanya mampu merangkak, tak kurang juga yang bertatih perlahan. Sungguh, bukan itu yang kumahu. Aku mahu sampai ke destinasi tujuanku -mardhatillah- dengan pantas & selamat. Maka untuk itu, 'duniawi' yang dikendong haruslah betul2 disaring. Bawa yang mana 'penting' sahaja. Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.


Sabtu ini insyaAllah kami akan menghadapi peperiksaan untuk sistem GIT ( Gastrointestinal System ).Seriously, bila belajar sistem badan manusia ni mmg betul2 menginsafkan. Terasa diri ini amat kerdil dibandingkan dengan kehebatan ciptaan Allah. Subhanallah...Semoga semakin aku mengenaliMu, cintaku padaMu semakin mekar,ameen..

p/s: Next post insyaAllah lepas selesai exam. WF & kwn2 lain, aah..mmg tgh mengusahakan 'rumah baru' pun,rumah 'bersama'..tp belum dikomersialkn lagi,heheh...nantikan...Siapa2 yg nak tengok lebih byk gambar boleh buka http://aiman-asma.fotopages.com/

coret2 penuh makna

 
posted by Dzaatun Nitaqain at 10:11 AM | Permalink | 2 comments